BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

my sOng,yoUr sONg

..frIEndz..

broke heart 1

BAB 1




Di dalam kelas…..
     “Weh speck…..aku ada benda nak bagitahu….datang lah sini….”Zawani memanggil Azwanie untuk datang ke tempat duduknya. Yang dipanggil hanya sorang,tapi yang datang ramai macam nak hadiri kenduri arwah. Bila masa dalam kelas ni ramai yang bernama speck ni. Kalau tak silap aku, hanya aku sorang aje yang ada gelaran ‘speck’ tu.


     Dengan selamba badak air,Azwanie menahan mereka dengan kaki yang diangkat setinggi mungkin. Tak mustahil untuk Azwanie mengangkat tinggi kakinya,kerana dia adalah pelajar taekwando. Nasib baik mereka yang lain sempat brek kaki, kalau tak,memang diorang dah jadi arwah lah jawabnya. Masing-masing memandang Azwanie tajam. Aura membunuh tu.


     Azwanie hanya tayang gigi. Buat-buat tak tahu aje. Dengan sebaik mungkin dia menahan gelak melihat reaksi kawan-kawannya. Kalah muka gorilla yang tengah marah sebab ada orang kacau anaknya. Dia menurunkan kakinya pelahan-lahan.


     “okey….aku mintak maaf sangat-sangat. Walaupun aku tahu,memang aku sengaja tahan korang, tapi tak adalah sampai nak buat korang terjatuh macam nangka busuk ek. Tapi rugi jugakkan korang tak jatuh tadi…hahaha…isk3…sedih aku korang tak jatuh tadi..isk3..waaaa.. sedihnya”. Control sedih…..control-control,jangan tak control…hebatlah lakonan aku,sampai keluar air mata. Kalau masuk bidang lakonan ni,confirm akulah juara pelakonan wanita terbaik abad ini dan selamanya… huhuhu..terharu aku dengar.


     Azwanie panggung kepala tengok kawan-kawannya. Tak sempat dia nak bersuara, kepalanya menjadi mangsa kawan-kawannya.


     “Aduh!!..woi!..korang nak bunuh aku ke hah??..aku tak nak mati awal lah weh..aku nak kejar cita-cita aku dulu. Lepas tu aku nak kawin, lepas tu aku nak ada anak, lepas tu aku……….” Tak sempat Azwanie menghabiskan ayatnya,satu lagi backhand mengenai kepalanya. Azwanie mengaduh kesakitan.


     “Nasib baik kepala aku tak mereng dikerjakan korang. Kalau tak, memang menangis 10 hari,10 malam lah korang sebab hilang kawan yang baik,prihatin, peramah dan perfect macam aku ni,”. Angkat bakul sendiri betul aku ni. Pengajaran: janganlah sesekali anda riak seperti aku.


     “Memang patut pun aku backhand kepala kau tu. Biar betul sikit. Nasib aku lah dapat kawan yang tercabut skru macam kau ni”. Ramizah mengeluh mengenang kan perangai Azwanie yang tak habis-habis dengan loyar buruk dia. Orang suruh beli loyar baru,tak nak. Nak jugak loyar buruk dia tu.


     Azwanie mengangkat keningnya. Apa kes aku tercabut skru pulak ni. Aku bukannya BIONIK yang ada besi dalam badan tu. Aku ni manusia asli lah. Sedap-sedap aje kata aku macam tu. Ni yang aku sedih ni.


     “Sampai hati kau cakap aku macam tu…isk3..beginilah nasib,diriku yang malang oh tuhan.... Tak pernah,bersenang lenang(try nyanyi sikit,manalah tahu,ada peluang masuk realiti show ke)”. Tak sempat habis nyanyi,kepala Azwanie dipukul dengan pencil box. Kalau macam nilah gayanya,memang pendek umur aku.


     “Wei!..suara dah lah tak sedap,ada hati nak nyanyi. Kalau macam nilah suara kau,aku confirm,katak pun cabut lari, tak sempat katak tu nak panggil hujan,kau dah terlebih dahulu panggil ribut taufan”. Bukan niat Ramizah nak kecikkan hati kawannya,tapi dah memang itu lah kenyataannya. Suara Azwanie lebih teruk daripada suara katak. Suara katak pun lebih merdu daripada suara kawannya tu.


     “Baguslah kalau macam tu”. Azwanie sengih tayang gigi. Kawan-kawannya yang lain berpandangan sesama sendiri. Apa yang bagusnya?. Nak kitorang mati lemas ke minah ni?. Masing-masing mengelengkan kepala. Memang nasib kamilah dapat kawan macam ni. Asyik tercabut skru aje hari-hari.


     Mereka tak jadi pergi ke meja Zawani,memandangkan cikgu math dah masuk ke dalam kelas. Lintang pukang diorang lari ke tempat masing-masing. Aku je yang buat muka model DARLIE depan cikgu.


     “Weh speck,kau pergilah duduk tempat kau,nanti cikgu marah lah. Kau nak kena makan hidup-hidup dengan cikgu ke hah?”. Zawani berbisik pelahan ke telinga Azwanie, dia tidak mahu cikgu dengar apa yang dia cakap,dia takut nanti tak pasal-pasal dia pulak yang kena buat itik gembo-gembo kat depan kelas.


     “Cikgu tak berani marah aku lah weh. Aku kan anak murid kesayangan cikgu”. Azwanie dengan bangganya berkata sambil mendabit dada. Hehehe. Padahal bukan betul pun. Saja je nk bangga diri.


     “Yea sangat lah tu,macamlah aku percaya. Cikgu tak pernah marah kau, atau budak-budak lain sebab kau tu lemah semangat. Cikgu marah orang lain,tapi kau pulak yang terlebih-lebih lemah semangat sampai pengsan. Padahal bukan kau yang pun kena marah,tapi orang lain. Tapi,thanks 2 u lah. sebab kan kau, kami semua selamat daripada kena marah dengan harimau.hahaha.. Kau tu,perangai aje macam tomboy,tapi kena marah sikit,dah pengsan. Buat malu kaum tomboy je lah kau ni”. Zawani tersenyum sinis. Sedap betul dia mengata orang. Hahahahaha. Azwanie pun ikut tergelak sama,dia tidak kisah apa yang orang nak kata tentang dirinya. Sebab dia tahu,semua itu ada betul juga,jadi buat apa dia nak marah sesuka hati. Mereka tidak perasan langsung akan pandangan cikgu yang dari tadi merenung mereka berdua. Macam harimau nak baham manusia aje.


     “ZAWANI!!AZWANIE!!”. Dengan lantangnya cikgu math memanggil nama mereka berdua. Sedap jugak nama kitorang. Hehehe..Tapi, tahu-tahu je lah kan,saper yang akan riuh kan keadaan yang tadi sunyi sepi mengalahkan malaikat lalu. Saper lagi kalau bukan……………


     “Cikgu!! Azwanie pengsan!!”. Zawani dan Ramizah pantas mengangkat tubuh Azwanie yang landing cantik atas lantai. Aqilah,Tuan,Suraya dan Wardah turut membantu Zawani dan Ramizah yang sedang berusaha untuk mengangkat Azwanie untuk dibawa ke bilik kesihatan. Mereka semua tahu, tidak cukup untuk mereka berenam sahaja yang mengangkat tubuh Azwanie,kerana tubuh Azwanie memang betul-betul berat. Kalah berat anak gajah. Diorang sengih. Macam lah diorang pernah angkat anak gajah.
__ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __

Di kantin…..
     Mereka semua galak mentertawakan Azwanie. Dari awal datang kantin,dan lepas beli makanan,lepas tu beli air,tak habis-habis mereka gelak. Lucu ke kalau aku pengsan?. Mybe lucu bagi diorang,tapi tidak bagi aku. Tak cukup dengan gelak,mereka siap tampar-tampar meja lagi. Kalau meja tu,bernyawa,confirm meja tu menangis. Mana tidaknya,punyalah kuat diorang tampar meja tu,sampaikan ramai pelajar yang lari duduk meja lain,dan mesti diorang ingat yang kawan-kawan aku ni dah kena histeria, dengan jin yang tidak bernama.


     “Dah puas ke korang ketawakan aku?. Aku dah nak masuk kelas ni, kalau korang nak ketawa lagi,ketawalah yea,sampai esok lusa pun tak apa. Aku chow dulu”. Azwanie angkat punggung untuk beredar dari situ. Belum sempat melangkah, dia duduk kembali ke tempat kawan-kawan dia tadi,dan menyembamkan mukanya ke meja. Menutup terus mukanya daripada sempat dipandang oleh seseorang lelaki yang dia betul-betul tak nak jumpa, bukan sahaja hari ini,tapi buat selama-lamanya.


     Zawani hairan melihat kawannya tiba-tiba u-turn balik dan duduk dengan menutup muka sepenuhnya. Memang tak nampak langsung muka dia. Tapi kenapa ek dia buat gaya ala-ala penjenayah gitu, penjenayah pun tak tutup muka macam tu. Pelahan-lahan Zawani memusingkan kepalanya ingat melihat siapakah gerangan yang membuat kawannya tiba-tiba jadi penjenayah tak berdaulat ni. Zawani tersenyum sumbing apabila melihat jejaka yang telah berjaya menambat hati kawannya yang disangkanya berhati batu dan tidak berperasaan terhadap lelaki. Ramai yang cakap macam tu sebab mereka semua hanya melihat Azwanie daripada luaran. Tetapi tidak bagi mereka. Dan salah satu sebabnya adalah disebabkan oleh perangai Azwanie yang kasar plus ganas,lagak seorang tomboy.


     “Weh korang,syahmi ada kat sini lah weh”. Dengan penuh teruja Zawani memberitahu kawan-kawannya. Lipat maut kawan-kawan nya berpaling. Nasib baik tak terpulas urat tengkuk diorang.


    “Yea lah weh. Dia ada kat sini”. Aqilah menganggukkan kepala mengiakan kata-kata Zawani. Yang lain pun turut sama menganggukkan kepala. Macam lagu angguk-angguk,geleng-geleng aje. Diorang semua tersenyum nakal. Pelahan-lahan diorang berpaling ke arah Azwanie. Senyuman mereka semua mati, apabila dilihatnya Azwanie sudah pecut 100 meter. Tidak sempat diorang nak sakat Azwanie,dia terlebih dahulu dapat menghidu niat jahat tak berdaulat kawan-kawannya.


     “Weh korang..”. Ramizah memanggil kawan-kawannya yang sedang asyik melihat Azwanie membuat acara lari 100 meter. Selama ni,tak pernah nya Azwanie akan lari 100 meter macam tu. Masa sukan pun,dia tak pernah masuk acara lari 100 meter. Sebab setiap kali lepas lari,mesti heboh satu padang ada budak pengsan. Saper lagi kalau bukan MISS PERFECT kita,Azwanie.


     Serentak mereka semua berpaling. Masing-masing angkat kening tanda ingin tahu apa yang ingin disampaikan oleh temannya. Walaupun mereka sebenarnya dah boleh agak apa yang ingin disampaikan oleh Ramizah.