BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

my sOng,yoUr sONg

..frIEndz..

broke heart 2


 BAB 2






Di dalam kelas….



    “Weh,korang rasa,apa yang dah jadi dengan speck tu hah?. Aku heran lah, selama ni tak pernah-pernah pun dia lari dari syahmi tu. Dulu, setiap kali nampak syahmi,terlompat-lompat macam beruk. Buat malu aje. kita lah yang terpaksa buat muka tebal satu inci,macam pakai tepung beras. Kalau pakai pencuci SYURA tu,tak pe lah jugak. Boleh putihkan muka”. Ramizah bercakap sambil memegang pipi dan menjuihkan mulutnya ke arah Azwanie.



    “Aku pun heran lah. Tiba-tiba aja,dia boleh bertukar jadi terlebih bisu macam tu. Selalunya,kalau tak dengar suara dia satu hari,memang tak sah. Sekali aja dia bukak mulut,jangan haraplah ada orang dapat tutup”. Zawani menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.



    Yang lain asyik memikirkan masalah Azwanie. Macam lah masalah tu, masalah diorang. Bukan besar sangat pun,saja je nak buat gempak. Kalu masalah jet turun ke bumi tu,tak apa lah, ni tak, masalah yang kecik sebesar kuman pun, diorang jadi kan besar macam anak gajah. Tapi itu lah sikap teman-teman Azwanie. ‘Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’. Dalam diorang berfikir,hanya Aqilah sorang sahaja yang buat muka cengkodok sambil makan makanan yang dibeli dari koperasi sekolah berhadapan dengan kelas mereka.



    “Wei Qilah,kau ni memang fail dibuat kawan lah. Kau tahu tak,Azwanie sekarang ni dah banyak berubah?”. Tuan melepaskan ketidakpuasan hatinya dengan kelakuan Aqilah. Yang lain hanya mengangguk mengiakan.



    “Tahu..dan aku pun tahu kenapa………..”. tidak sempat Aqilah ingin menghabiskan ayatnya, Wardah sudah memotong. Aqilah hanya mampu mengeluh.



    “Apa yang kau tahu?. Dari tadi lagi aku tengok kau dengan penuh nikmat dan lazatnya mengunyah makanan tu. Sampai tak ingat dunia sekeliling. Kau ni memang kan. Kawan yang ada masalah pun,kau buat muka congkodok basi macam tu. Dari tadi lagi tak habis-habis mengunyah makanan. Kau ni memang sentiasa lapar ek?. Perut kau tu perut manusia ke tempayan. Cuba-cuba lah kau kurangkan makan makanan ringan ni. Cuba lah berdiet sikit”. Wardah mengangkat plastik makanan ringan yang Aqilah makan. Dah start dah...Kalau macam ni lah gayanya, baik aku tak yah bukak mulut terus. Tak pasal-pasal aku kena fire dengan peluru machine gun yang keluar dari mulut Wardah. Aqilah merungut sendirian.



    “Aku..”. sekali lagi kata-kata Aqilah dipotong hebat macam formula 1. Aqilah mendengus kasar. Geramnya aku..Memang ada yang nak kena makan hidup-hidup dengan aku ni. Bekalan untuk setahun nih, kalau aku makan diorang. Nasib baik lah aku ni masih waras, tahu halal haramnya. Kalau tak,memang tak selamat lah diaorang.



    “Woi korang!!!! Dengar lah dulu!!!..”. Dengan lantang nya Aqilah menjerkah rakan-rakanya. Ala-ala macam tarzan panggil semut pekak aje. Ada ke??. Lantak lah Nasib baik tak cair tahi telinga. Budak-budak lain menjeling-jeling ke arah mereka. Mesti diorang fikir minah ni dah kena penyakit sawan tak bertempat. Terlolong-lolong macam beruk. Aqilah buat muka 'Ada aku kisah?'



    “Woi!!!”. Satu lagi jerkahan kedengaran daripada belakang. Alahai, siapa lah tertelan mikrofon ni. Suara macam spiker pecah aja. Bengit telinga. Silap hari bulan, buleh pekak telinga kitaorang. Tapi……macam kenal je suara. Siapa kah gerangan pemilik suara yang terlebih merdu tu?. Pelahan-lahan diorang berpaling.



    Dum!!!. Tiba-tiba aja Suraya jatuh dari kerusi sebab terkejut tengok Azwanie. Ya Allah muka,kalah muka gorilla lah. Wardah membantu suraya bangun. Janganlah minah ni pandai-pandai nak bersih kan lantai dengan baju sekolah dia tu. Dah bersih dah pun lantai ni. Wardah mengumam. Yang lain semua buat tak tahu aja, tak nak ambik port, takut nanti diorang pulak yang kena jerkah dengan Azwanie. Azwanie memandang 6 orang sahabat baiknya silih berganti. Muka setiap seorang pucat. Toreh dengan pisau pun,belum tentu lagi red blood yang terpecik keluar.



    “Apa yang korang duk terpekik-pekik ni hah?!!. Nasib baik tak pekak telinga aku.!! Korang datang sekolah ni nak belajar ke nak try jadi tarzan tak bertauliah hah?!!. Korang tak de kerja lain dah nak dibuat?!!. Korang rasa korang tu pandai sangat,sampai dah tak perlu belajar lagi dah?!!”. Azwanie berlalu meninggalkan kawan-kawannya yang terpinga-pinga kena marah. Ada ke patut dia kata kitaorang ni nak try jadi tarzan. Tak patut....Tak patut..Tapi,best kan jadi tarzan. Boleh cakap dengan haiwan. Kita yang normal ni pun,belum tentu dapat cakap,sembang-sembang dengan haiwan dalam hutan hujan tropika tu.



    Sepatutnya kitaorang yang cakap ‘nasib baik tak pekak telinga’. Dia nih telan nasi ke telan mikrofon,suara macam halilintar. Entah apa angin kus-kus yang melekat dekat Azwanie nih. Tiba-tiba aja marah orang tak tentu pasal. Budak-budak lain pun heran,siap buat muka shin chan lagi. Tapi,muka shin chan lagi comel lah daripada diorang tu. 6 orang sahabat nih pun just buat muka suci je.Dah lama Azwanie tak mengamuk macam nih. Nak terkencing kitorang tengok panahan mata Azwanie. Aura membunuh kuat terpancar. Dia nak bunuh saper nih?sampaikan kitaorang pun terbabit sama. Janganlah bunuh kitaorang. Kitaorang tak nak mati free. Tercetus perang dunia ke-5 lah lepas nih. Tak pasal-pasal Azwanie buat forum perdana dalam kelas nih,marah kitaorang yang baik dan prihatin ni.



    Mereka berenam bergerak ke meja Azwanie. Mereka tidak akan puas hati selagi Azwanie tak bagitahu sebab,bagaimana,bila dan kenapa dia jadi macam tu. Sewel tak kena tempat. Tercabut red wayar kot.



    Azwanie mengangkat muka dari mejanya. Dia melemparkan senyuman besi karat, dan kembali menyembamkan muka ke meja. Nenek aku pun senyum lagi manis dari Azwanie. Terlebih gula dari susu lagi tau. Ngomel Ramizah.



    “Err..waniey..err..speck….kau nih apasal?. Apa kes nih?Ada problem kew?. Kau jangan lah macam ni. Kalau ada, bagitahu lah dekat kitaorang. Mana tahu,kitaorang boleh tolong. Betul tak?”. Pujuk Suraya,seraya berpaling ke arah rakan-rakannya. Mintak support weh.



    “Yea..betul”. kata diaorang serentak sambil mengangguk kan kepala.



    “tak de apa-apa lah. tak de kes lah. Aku okey je. Korang tak perlu lah nak risau lebih-lebih ye. Aku sakit kepala sikit je ni. Dah telan ubat dah. Lepas ni okey lah nih. Korang duduk lah tempat korang masing-masing”. Azwanie menjawab tanpa mengangkat sedikit pun wajahnya dari meja. Keluhan kedengaran dari mulut Azwanie.



    “Betul ke kau okey ni”. Ramizah bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian. Mereka semua risau dengan Azwanie. Macam-macam perkara tergambar dalam kepala masing-masing. Semuanya yang positif ek bukan negatif.



    Azwanie mengangkukkan kepalanya. Rakan-rakannya yang lain meninggal kan Azwanie di tempat duduknya.



    Sejurus kemudian, cikgu Ekonomi Asas masuk ke dalam kelas. Mereka semua belajar dengan tenang aman dan damai. Zawani yang berada di barisan paling hadapan,berpaling ke belakang melihat Azwanie. Riak wajahnya tergambar betapa risaunya dia akan sahabatnya yang sorang nih. 'Dah lah degil,keras kepala,kepala macam batu+besi+simen pastu suka marah orang tak tentu pasal. Apalah yang nak jadi dengan dia ni hah??. makan nasi ke batu dia nih??.' Zawani mengelengkan kepalanya seraya memusingkan badannya semula.





__ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _







Loceng berbunyi menandakan habisnya kelas untuk masa pertama.



    “Speck. Jom pergi kantin?. Kitaorang lapar lah. Takut nanti gastrik aku datang balik”. Aqilah mengajak Azwanie sambil memegang perutnya.



    “Bukan kitaorang ek..tapi kau sorang aje yang lapar. Perut kau tu kan perut tempayan,masuk berapa pinggan nasi pun,belum tentu lagi kenyang. Semua benda kau makan, tolak kayu,besi dan bucu meja ni je”. Wardah menyindir sambil memegang bucu meja Azwanie. Siap dengan gaya lagi. Aqilah tarik muncung sedepa. Boleh ikat dengan tali rapia lah muncung minah ni.



    “A’ah betul tu. Aku sokong. Perut kau tu,tak kan kena gastrik punya lah. Makan bagai nak rak. Sampaikan pinggan pun kau nak telan. Kalau pun kau sakit perut kena gastrik, ada kami kisah?. Kau nak landing pengsan macam speck hari tu pun,kami tak kisah lah. Kami tinggal je kau kat situ. Bersih jugak lah lantai ni,kau cuci dengan baju sekolah putih bersih kau tu”. Zawani join sama menyindir Aqilah. Benda yang nyata,tak perlulah nak disembunyi kan.



    “Weh korang…….memekak je lah korang ni”. belum sempat Aqilah membalas, Azwanie terlebih dahulu bersuara. Tertutup terus mulut yang lain2.'malaikat lalu ke?.' tok tok. Ada orang ketuk pintu. Semua pelajar tengok ke pintu depan. Ahli pintu mana pulak ni.



    Semua orang buat muka saper-mamat-ni??kecuali sahabat-sahabat sehidup semati ni, dan yang paling penting..of couse lah AZWANIE THE MISS PERFECT IN THE WORLD kita. Terkejut lotong diaorang. Kalah terkejut beruk. Riak wajah Azwanie terus berubah 100% biru laut.



    “Woi!!..sampai macam tu ke,kau nak terkejut hah??cool down lah weh. Jangan buat kita orang terpaksa dengan sukarelanya angkat kau kalau kau pengsan. Nanti kesian dekat Aqilah. Free2 je gastrik dia merebak seluruh badan”. Ada kew gastrik berebak ke seluruh badan?. Ah! Lantak ah. Asalkan Azwanie tak pengsan kat sini. Kami memang betul-betul tak nak angkat minah ni. Buat sakit tulang rangka je angkat. Cepat tua kerepot kitaorang. Suraya ngomel dalam hati.



    Azwanie tidak berganjak sedikit pun dari tempatnya. Apatah lagi mendengar apa yang Suraya cakap. Tersumbat habis telinga. Buat habis air liur aja Suraya bercakap,bukannya tuan punya diri dengar pun.



    “Err..Assalamualaikum. Azwanie ada?”. Ya Allah. Budak ni memang lah. Bukan ke sudah terang lagi nyata Azwanie duduk betul- betul berhadapan dengan bijik mata dia,tak kan lah nak tanya lagi kot. Mamat ni memang budak skema.Tak nampak ke cik abang?Azwanie kat depan mata tu??. Ataupun dia ni rabun kot. Aish. Pandai-pandai aja aku mengata orang. Ramizah mengumam sendirian.



    Azwanie bangun meninggalkan kawan-kawannya. Dia berjalan menuju ke arah pintu,berhadapan dengan syahmi.



    6 orang sahabat ni berjalan pelahan-lahan ke pintu atau lebih tepat belakang pintu. diaorang pasang telinga,konon-kononya nak tahu perkembangan isu semasa apa yang sedang dibincang kan oleh waniey dan syahmi. Tergempak sangat ke?.





__ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __ _ __





    “Ada apa syahmi nak jumpa waniey nih”. Dengan syahmi sorang jew aku biasakan diri dengan panggilan ‘waniey’. Dengan orang lain??jangan harap lah. Accept, orang tua lah. Orang tua ni kena lah kita hormat. Jangan kurang ajar. Tak baik kalau kita kurang ajar dengan orang tua ni. Berbalik ke topik asal ek. Tak nak lah buat forum perdana tak bertauliah kat sini.



    “Waniey. Syahmi..err..Abang mintak maaf lah kalau abang dah sakit kan hati waniey. Tapi itu semua betul. Abang just anggap waniey ni adik abang aja. Tak lebih, dan tak kurang daripada tu. Abang mintak maaf sangat-sangat kalau abang dah luka kan hati waniey. Maaf”. Syahmi menundukkan kepalanya tanda mintak maaf.



    Kawan Azwanie??. Macam biasa lah. Terkejut lotong. 'Abang??. Bila masa pulak abang waniey ni bertambah dari 5 kepada 4??eh silap-silap,kepada 6??. Ayah dia kawin lain ke??'. Macam-macam perkara tergambar dari otok tengkorak masing-masing.



    Uwekk!!. Abang??. Bila masa aku ada abang lagi sorang ni??. 'Syahmi, waniey tak nak lah ada abang macam syahmi. Dan tak mungkin akan ada. Sebab waniey suka kan syahmi,bukan macam suka untuk dibuat abang'. Semua tu hanya terucap dalam hati merah Azwanie aja.



    “Waniey tahu. Tak apa lah,waniey faham. Syahmi tak perlu lah nak risau ek. Tapi,sory 2 say,mybe waniey tak dapat anggap syahmi sebagai abang waniey. Maaf”. Sesudah itu,Azwanie segera berpaling untuk masuk ke kelas.



    “Tunggu”. Syahmi memanggil Azwanie. Azwanie berhenti melangkah dan berpaling ke arah Syahmi seraya mengangkat kening ‘the rock’. Syahmi berjalan selangkah ke hadapan. Berhadapan dengan Azwanie



    “Waniey tak boleh lah macam ni”



    “Apa yang tak bolehnya?”



    “Walaupun abang tak terima waniey,kita masih lagi kawan kan?”



    “Kawan?”



    “Yea..kawan. Dan waniey try sikit-sikit anggap abang ni abang waniey sendiri”. kata syahmi sambil menganggukkan kepalanya.



    “No!!!!”



    Akibat daripada jeritan Azwanie, kawan-kawannya yang tadi konon-kononnya nak spy tak berbayar,terjatuh macam nangka busuk. Jatuh bertingkat-tingkat macam tangga. Suraya lah yang paling malang,sebab dia duduk paling bawah. Tak cukup oksigen dibuatnya,semput. Diaorang cepat-cepat bangun membetulkan baju. Lepas yang lain-lain bangun, diaorang menolong Suraya bangun. Nasib baik tak jadi arwah kawan aku sorang ni. Menangis tak cukup tanah lah aku nanti,kalau kehilangan kawan sehidup semati,akhir hayat aku ni.



    Azwanie tidak peduli akan kawan-kawannya. Dia berpaling mengadap Syahmi. Azwanie mengangkat keningnya dua kali.



    “tapi kenapa waniey???”



    “Sebab waniey tak mungkin akan dapat anggap syahmi sebagai abang waniey”. Azwanie kembali ingin menyambung langkahnya.



    “Abang….”



    “No!!!!..you not my brother!!!..jangan berani panggil diri syahmi tu abang. Waniey tak pernah dan tak mungkin ada abang macam syahmi!! syahmi tak layak jadi abang waniey!!”. Azwanie meluahkan apa yang terpendam dalam jiwa raganya.



    Pang!!. Semua mata lihat syahmi. Azwanie pegang pipi. Syahmi tampar waniey??.Terkejut??. Of couse diaorang terkejut. We all can’t believe it. Itulah yang tergambar di wajah kawan-kawan Azwanie. Diaorang semua nya terlopong. Mulut sorang-sorang berbentuk huruf O besar. Entah dah berapa ekor nyamuk yang dah terlepas masuk dalam mulut diaorang. Tu lah, lain kali sebelum terlopong,prepare dulu siap-siap tangan untuk nak tutup mulut tu. Aqilah kenyang dengan telan nyamuk je lah hari ni. Nasib badan.....



    Azwanie pandang Syahmi. Pandangannya kosong. Tak ada riak marah atau sedih pun,yang tergambar di wajahnya. Dia nih tak ada perasaan ke?. Azwanie berlalu pergi meninggalkan syahmi yang masih lagi kaku macam anak patung. Bernyawa?. Entahlah. Bernyawa kot,atau mybe kena heart attact kot. Kawan-kawan Azwanie hanya diam mengeraskan diri mereka macam patung. Nothing 2 do,and nothing 2 say. Pelajar-pelajar lain berbisik sesama mereka. Mengumpat lah tu. Tak ada kerja lain ke nak buat selain mengumpat? Aish….berdosa mengumpat orang tahu tak. Jangan sesekali anda mengumpat orang sesuka suki hati anda.

    "Apa yang aku dah buat"?. Syahmi bertanya kepada dirinya sendiri. Dia melihat Azwanie berlalu meninggalkan dia. Pelahan-lahan dia ingin melangkah mengejar Azwanie.





p/s.. episod kali ni x berapa bez..hrap enjoy